Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Cemerlang Murid Pasukan Bola Jaring Malaysia di Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Malaysia menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 yng telah diadakan di Jeonju, Korea pada 10 Jun 2023 hingga 17 Jun 2023. Pasukan Malaysia ini telah disertai oleh 2 orang jurulatih, 8 murid Sekolah Sukan Malaysia, 2 bekas murid Sekolah Sukan Malaysia dan seorang bekas murid Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur yang baru menerima keputusan SPM.

Kejayaan ini telah melayakkan pasukan Malaysia ke Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia di Gibraltar pada tahun 2025.

Kejohanan Bola Jaring Ramaja Asia ini diadakan setiap dua tahun sekali. Pada edisi tahun ini sebanyak 11 negara yang menyertai iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Thailand, India, Chinese Taipei, Jepun, Korea, Pakistan dan Sri Lanka.

Senarai guru dan murid KPM yang terlibat:

BIL

NAMA

SEKOLAH

POSISI/JAWATAN

1

Puan Aminah binti Ashari

Guru SMK Sri Tebrau, Johor

Jurulatih

2

Cik Puah Pei San

Guru Sekolah Sukan Bukit Jalil

Penolong Jurulatih

3

Siti Nur Hidayatul Akhma binti Suhaimi

Murid Sekolah Sukan Bukit Jalil

Pemain

4

Nurirdina Sumaya binti Mohd Zaidi

Murid Pra – U Sekolah Sukan Bukit Jalil

5

Fatin Suraya binti Suhaimi

6

Nurul Anisha binti Mohammad Asri

7

Leisharaani A/P S Jeewa

8

Nurul Athekah Ammaliah binti Anwar

Murid Pra - U Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Johor

9

Nur Aqilah Izzati binti Muhamad Tazul Azani

Murid Pra – U Sekolah Sukan Malaysia Pahang

10

I’dha Syamimi binti Muhamad Yusree

Senarai pemain bekas Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri:

BIL

NAMA

SEKOLAH

POSISI/JAWATAN

1

Siti Maisarah binti Affandi

Bekas murid Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail yang sedang menuntut di IPTA

Pemain

2

Dhiya Alfina binti Zainuri

3

Nursolieha Alieya binti Hizal

Murid lepasan SPM 2022 Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur.

Pasukan Malaysia telah menjadi juara dalam kejohanan ini dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan.

Keputusan permainan : Negara (skor) vs Negara (skor)

Penentuan Johan – Malaysia (49) vs Singapura (45)
Separuh Akhir - Malaysia (77) vs Sri Lanka (36)

Dalam Kumpulan A :

Malaysia (63) vs Hong Kong (24)
Malaysia (93) vs Jepun (10)
Malaysia (69) vs India (29)
Malaysia (102)vs Pakistan (17)
Malaysia (79) vs Thailand (21)
 

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar kejayaan pasukan Malaysia ini menjadi sumber inspirasi kepada semua guru dan murid untuk terus menceburi bidang sukan serta melahirkan lebih ramai atlet negara dalam kalangan murid sekolah. Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada guru dan murid yang telah mengharumkan nama negara.

Poster Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 01

Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 02

Hits : 487