Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Berkenan Mencemar Duli Berangkat Ke Kolej Matrikulasi Labuan
05 November 2024 | Selasa
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli berangkat hadir ke Kolej
Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, pelajar dan seluruh warga Kolej Matrikulasi Labuan.
Dalam majlis lawatan ini, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menerima persembahan taklimat daripada Ketua Setiausaha KPM dan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut dilangsungkan dalam majlis ini acara pengurniaan sumbangan komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan sesi interaksi bersama-sama dengan perwakilan pelajar.
Hits : 18