Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Karnival Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan

Karnival Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan

 

25 Mei 2024 | Sabtu

 

Karnival Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek di Melaka pada Sabtu.

 

Penganjuran acara dengan kerjasama rakan strategik Farm Fresh ini bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menangani isu kemiskinan multidimensi yang turut berkait rapat dengan akses pendidikan.

 

Kemiskinan multidimensi meliputi pelbagai aspek dan yang paling utama ialah isu malnutrisi dalam kalangan murid. KPM sentiasa memberikan perhatian yang serius bagi menangani isu ini. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Hidangan Berkhasiat (HiTS) dan Program Susu Sekolah.

 

Program Susu Sekolah memberi manfaat kepada lebih 700,000 orang murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 131