Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jawatan Kosong di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai empat jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi  bagi jawatan (1) Expert at Sector Human & Social Sciences, Department of Peace & Development, (2) Expert at Science & Technology Sector, (3) Expert at Sector of Human & Social Sciences, Department of Social Community Development, gender and research dan (4) Expert at Center of Civilizational Dialogue. Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi setiap jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di Lampiran I, II, III & IV (Recruitment Announcement). Gaji, elaun dan keistimewaan bagi keempat-empat jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO Staff Regulations dan ICESCO Personnel Regulations

3.  Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui alamat emel icescoemployement@icesco.org sebelum atau pada 20 Jun 2021 (Ahad). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel scecgcs@icesco.org atau icescoemployement@icesco.org

Sekian, terima kasih.  

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 

Hits : 5512