Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

 
home

Ketua Jabatan
> Tuan Haji Jelani bin Sulong, S.M.T. 

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran institusi.
  • Mempertingkatkan pembangunan prasarana pendidikan.
  • Mempertingkatkan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek pendidikan.
  • Mempertingkatkan tahap profesionalisme pengurusan pendidikan.
  • Mempertingkatkan pemuafakatan pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :

  • Kanak-kanak mengikut tahap umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
  • Murid berkeperluan khas diberi peluang pendidikan khas secara formal.
  • Pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) bermula pada hari pertama.
  • Semua aktiviti kokurikulum, sukan dan pendidikan luar pada peringkat JPN, PPD dan aktiviti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
  • Setiap murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks, sebuah kerusi dan sebuah meja pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  • Keputusan permohonan belajar semula, pertukaran dan rayuan murid bersekolah semula dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  • Pengendalian peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan dengan berintegriti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Sekolah mendapat bekalan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) berasaskan kelulusan waran perjawatan semasa.
  • Urusan perkhidmatan personel yang melibatkan kelulusan pada peringkat Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu diselesaikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan dokumen yang telah lengkap.
  • Perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
  • Pengurusan kewangan dilaksanakan berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan (AP) dan tatacara kewangan semasa.
  • Menguruskan aduan awam dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

Lihat Carta Organisasi JPN Terengganu

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
https://jpnterengganu.moe.gov.my 09-621 3000
/ 3001
09-622 7207 
09-623 8415
jpnt

Hits : 136844