Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

 
home

Ketua Jabatan
> Ybrs. Dr. Haji Roslan Bin Hussin

 

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera 

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera;
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara dan;
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha KamiBagi :

  • Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baharu dimulakan.
  • Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan
  • Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan secara atas talian selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri
  • Menempatkan kakitangan sokongan tidak lewat dari 3 hari bekerja setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memastikan semua permohonan dan tuntutan yang berkaitan kewangan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Menguruskan cadangan pengisian jawatan Pengetua/GuruBesar/Penolong Kanan dan Ketua Bidang dalam tempoh 3 bulan sebelum berlakunya kekosongan
  • Memastikan setiap calon yang telah mendaftar ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan
  • Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra
  • Melaksanakan pengurusan aduan awam dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
  • Memperoleh skor Baik bagi Analisis Maklum Balas Perkhidmatan demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan ke arah kecemerlangan Pendidikan dari semasa ke semasa.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI JPN NS 14 Mac 2019 V2

 

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
https://jpnns.moe.gov.my 06-765 3100 06-763 9969 jpn.nsembilan

Hits : 79549