Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

 
home

Ketua Jabatan
> Dr. Jafri bin Abu

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Memberi Peluang–Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia.
  • Melahirkan Insan yang Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera.
  • Meningkatkan Prestasi Akademik Pelajar dalam Semua Mata Pendidikan.
  • Menanamkan Kecintaan kepada Ilmu Pengetahuan dalam Kalangan Warga Pendidikan.
  • Mengembangkan Potensi Individu Pelajar Melalui Pembangunan Program Kokurikulum dan Sukan.
  • Melahirkan Pemimpin Pendidikan yang Berilmu dan Berketerampilan untuk Mengurus Sekolah ke Arah Kecemerlangan.
  • Meningkatkan Kepakaran Pegawai–Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Supaya Menjadi Pendidik yang Lebih Berkesan.
  • Menyediakan Prasarana yang Cukup dan Kondusif bagi Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Menyediakan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran yang Moden, Cekap dan Berkesan.
  • Membina Perhubungan dan Permuafakatan Pendidikan yang Kukuh dan Berkekalan dengan Agensi–Agensi Luar bagi Menjamin Pendidikan Dapat diteruskan Sepanjang Hayat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Selangor dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;
  • Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh disahkan;
  • Memastikan surat penempatan guru dan surat pertukaran guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel;
  • Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja;
  • Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;
  • Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah dan calon persendirian pada hari keputusan dikeluarkan;
  • Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;
  • Kami akan memastikan anda membawa bersama maklumat yang betul, lengkap dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

CARTA ORGANISASI

carta organisasi JPN sel


HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
https://jpnselangor.moe.gov.my/ 03-55186500 03-55102133 jpn.selangor

Hits : 360895