Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

 
home

Ketua Jabatan
> YBhg. Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera   

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara  

OBJEKTIF

Memperluaskan kemasukan kanak-kanak ke sekolah sehingga 100% bilangan kohort umur dan menentukan setiap murid mendapat pendidikan formal dan tidak formal yang bermutu dengan sentiasa: Meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan sekolah; Meningkatkan tahap profesionalisme staf; Memperbaiki keadaan fizikal bangunan dan kemudahan sekolah serta keceriaan alam sekeliling; dan Mempelbagaikan program kurikulum dan kokurikulum sekolah bagi menepati kepelbagaian potensi, bakat dan minat para pelajar. Mengadakan jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang seni, budaya dan warisan.  

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Sarawak bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:

  • Semua kanak-kanak warganegara mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  • Semua program hal ehwal murid diurus berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan pembentukan keperibadian murid diutamakan.
  • Semua murid diberi peluang yang sama untuk mendapat bimbingan dan menyertai pelbagai aktiviti mengikut minat, keperluan dan kecenderungan/bakat masing-masing.
  • Peluang pendidikan yang sama untuk orang kurang upaya.
  • Semua sekolah diurus dan dipimpin dengan cekap dan betul.
  • Semua kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan di sekolah.
  • Semua guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Semua guru ditempatkan ke sekolah tidak lewat dari 21 hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Semua borang permohonan pertukaran dalam negeri diproses dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan.
  • Semua hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan diurus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan makluman.
  • Semua jenis permohonan diberi akuan terima dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Semua tuntutan kewangan yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Semua pentaksiran dan peperiksaan diurus dan dikendalikan dengan cekap dan tepat.
  • Penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum bagi memantapkan dan memperkasakan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan.
  • Semua institusi pendidikan, pengelola dan guru didaftar mengikut Akta Pendidikan 1996.
  • Semua kakitangan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling jika diperlukan.
  • Semua aduan pelanggan diberi surat akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Semua maklum balas pelanggan diambil tindakan.
  • Semua pelanggan diberi layanan yang mesra, tepat dan terperinci.    

CARTA ORGANISASI

carta organisasi JPN Sarawak

HUBUNGI 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my) 
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya
93050 Kuching 
Sarawak
http://jpnsarawak.moe.gov.my 082-473473 / 473494 082-473478  [emel]

Hits : 192040