Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Rose Aza bin Che Arifin

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Negara. Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis menggariskan objektif-objektif seperti berikut :-

  • Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keperluan insfrastruktur asas dan pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni;
  • Mempertingkatkan mutu pengurusan supaya cekap serta berkesan melalui pelbagai pendekatan prinsip pengurusan dan sesuai dengan iklim pendidikan di Negeri Perlis;
  • Membentuk sikap kecintaan kepada ilmu dan membaca sehingga menjadi budaya kepada guru dan murid;
  • Mempertingkatkan profesionalisme semua pegawai, pengetua, guru besar, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam bidang pengurusan, ilmu, kemahiran dan amalan;
  • Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan murid Islam dan mempertingkatkan perlakuan bermoral murid bukan Islam;
  • Menjalinkan perpaduan serta ikatan kasih mesra demi mempertingkatkan kerjasama antara jabatan, sekolah, murid-murid dan masyarakat seluruhnya.

FUNGSI

  • Merancang, menyelia dan memastikan pelaksanaan dasar dan program utama KPM.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan melaksanakan perancangan strategik pembangunan pendidikan negeri.
  • Merancang dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
  • Merancang, menyelia dan mengurus pengoperasian sekolah-sekolah di bawah bidang kawalan JPN.
  • Merancang dan menyelia pengupayaan Jabatan Pendidikan Negeri dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah.
  • Merancang, menyelia dan mengurus pembangunan pendidikan insaniah, adab dan nilai murid.
  • Mengurus dan mengendalikan pembangunan potensi murid berkeperluan khas.
  • Menyelia dan mengurus khidmat pengurusan dan pentadbiran negeri merangkumi pengurusan kewangan, pengurusan aset dan pembangunan sumber manusia.
  • Merancang, menyelia dan mengurus jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan untuk pembangunan pendidikan negeri.
  • Merancang, menyelia dan mengurus kelulusan pendaftaran murid bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan JPN.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan:

  • Permohonan belajar semula atau pertukaran murid bagi Sekolah Harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  • Murid mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada hari pertama sesi persekolahan.
  • Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi pada hari pertama persekolahan.
  • Urusan mengurus dan memproses hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan personel dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan.
  • Pengisian kekosongan perjawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diuruskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Keputusan penempatan dan pertukaran guru diproses tidak lebih daripada empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Proses penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14)hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Semua tuntutan bayaran diproses dalam tempoh empat belas (14) hari setelah dokumen lengkap diterima.
  • Pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan menghadiri latihan atau kursus sekurang kurangnya lima (5) hari dalam setahun.
  • Sebarang aduan awam diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Proses pendaftaran calon untuk menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Memastikan perkhidmatan kaunseling diberikan kepada warga 14 Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada kemudahan capaian komunikasi dan persetujuan klien.
  • Maklumat di laman web jabatan (https://jpnperlis.moe.gov.my) dikemaskini dalam tiga (3) hari bekerja selepas maklumat diterima.

 

CARTA ORGANISASI

CARTA

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,
Jalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar,
Perlis.
https://jpnperlis.moe.gov.my 04-9737777 04-9767080 jpnperlis

Hits : 87938