Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

 
home

Ketua Jabatan
> Tuan Haji Ismail bin Othman, BCK.

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan
  • Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera
  • Meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan dari segi kualiti dan kuantiti
  • Memantapkan kualiti profesionalisme semua warga pendidikan secara berterusan

FUNGSI

Pelaksana dasar yang telah ditetapkan oleh KPM di Negeri Kedah. JPN Kedah juga berfungsi untuk mengkoordinasi operasi pendidikan di peringkat negeri.

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

  1. Memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia dengan dokumen  yang sah dan lengkap mendapat tempat belajar mengikut  kohort umur di sekolah-sekolah bawah kawalan  KPM dalam tempoh (5) hari.
  2. Menempatkan semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
  3. Memastikan permohonan pendaftaran institusi pendidikan swasta dengan dokumen  yang lengkap diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  4. Memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia dengan dokumen  yang lengkap dan mendapat kad OKU ditempatkan belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah bawah kawalan  KPM mengikut  pekeliling yang berkuatkuasa dalam tempoh (15) hari.
  5. Memastikan proses pertukaran murid SMKA dan SABK ke SMKA diselesaikan dalam tempoh (14) hari.
  6. Memastikan agihan waran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  7. Memastikan semua bayaran bil dan tuntutan yang lengkap dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan
  8. Memastikan semua dokumen lengkap permohonan persaraan pilihan sendiri dikemukakan kepada pihak KWAP tidak kurang 90 hari dari tarikh permohonan persaraan.
  9. Memastikan semua murid sekolah menengah dan Tahap 2 sekolah  rendah terlibat dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan
  10. Memastikan permohonan penempatan dan pertukaran  Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima keputusan mesyuarat eTukar.
  11. Memastikan semua klien yang memerlukan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar  dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
  12. Mengurus dan menyelesaikan aduan terhadap agensi dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja untuk kes aduan biasa/mudah. Bagi kes aduan kompleks, tempoh penyelesaian bergantung kepada tahap kompleksiti aduan.
  13. Memastikan ID DELIMa baharu diedarkan kepada guru dan murid dalam tempoh 30 hari selepas ID baharu dijana oleh KPM

Kemaskini pada: 02 September 2022

Telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPN Kedah pada 02 September 2022

CARTA ORGANISASI

CARTA JABATAN PENDIDIKAN 2022

 **Klik gambar untuk lihat lebih jelas

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

https://jpnkedah.moe.gov.my

04-740 4000

04-7404342 jpn.kedah@moe.gov.my

Hits : 182310