Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

 
home

Ketua Jabatan
> Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Jabatan Pendidikan Negeri Johor berharap dapat :

  • Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
  • Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi

FUNGSI

Rujuk Lampiran Carta Fungsi

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada slogan "Selangkah Di Hadapan (One Step Ahead)", "Johor Top 5", "Johor LEADS" dan "Johor Showcase" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan;
  • Proses penempatan murid Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran.
  • Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Proses pendaftaran calon untuk peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 
  • Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  • Proses penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Proses pengisian kekosongan perjawatan kanan di JPN/ PPD/ Sekolah dapat diuruskan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan.
  • Segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang diterima.
  • Proses penyediaan dan penghantaran dokumen pesaraan wajib ke Jabatan Perkhidmatan Awam, 120 hari (4 bulan) sebelum tarikh persaraan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana.
  • Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima.
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.
  • Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima.
  • Pelanggan yang mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Maklumat di laman web Jabatan (https://jpnjohor.moe.gov.my) dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JPN Johor 2022

**Klik gambar untuk lihat lebih jelas

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my) 
Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru,
Johor.
https://jpnjohor.moe.gov.my/ 07-2310 000 07-234 7132 jpn.johor

Hits : 356806