Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

 
home

Ketua Jabatan
> Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Ahmad

 

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

OBJEKTIF

  • Mempertingkat kualiti dan prestasi pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni.
  • Mempertingkat mutu pengurusan dalam pelbagai peringkat supaya cekap dan berkesan melalui pendekatan pelbagai falsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai dengan iklim pendidikan.
  • Mempertingkat kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya menjadi budaya guru dan pelajar.
  • Mempertingkat profesionalisme semua pegawai, pengetua, guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran.
  • Mempertingkat pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan murid Islam dan mempertingkatkan perlakuan bermoral dalam kalangan murid bukan Islam.
  • Menjalin perpaduan dan ikatan kasih mesra demi mempertingkat kerjasama antara jabatan, sekolah, pelajar dan masyarakat seluruhnya.

FUNGSI

Mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat.

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Melaka dengan penuh tekad dan iltizam akan memastikan;

  • Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan yang berikut;
    • Keputusan tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA), Rangcangan Khas (RK) akan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) diumumkan;
  • Keputusan permohonan belajar semula Memastikan semua permohonan diproses oleh Jabatan ini dalam tempoh antara dua minggu hingga satu bulan dari tarikh borang diterima.
  • Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
  • Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlaku kekosongan.
  • Memastikan tuntutan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh pemohonan diterima.
  • Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.
  • Memastikan Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan:
    • Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit.
    • Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pelajaran, PPD/PKG dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

CARTA ORGANISASI

co2020 baru

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
JALAN ISTANA,
75450 BUKIT BERUANG MELAKA,
MELAKA
http://jpnmelaka.moe.gov.my 006-232 3776 
/777 
/778 
/779
06-232 0500 aduan

Hits : 145409