Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

International Youth Festival "The Planet of Art 2024"

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI INTERNATIONAL YOUTH FESTIVAL THE PLANET OF ART 2024

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima pelawaan penyertaan bagi International Youth Festival "The Planet of Art 2024" anjuran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Kazakhstan seperti di Lampiran 1Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi kreatif pelajar dan menyokong pembangunan generasi muda yang merupakan penggerak utama dalam memastikan pembangunan mampan dan pemuliharaan warisan budaya. Acara kemuncak festival ini ialah majlis pelancaran dan penyampaian Album Art of the World Heritage yang akan diadakan pada bulan Oktober 2024 di Almaty, Kazakhstan. Untuk makluman, pihak penganjur akan menanggung kos penyertaan para finalis di Kazakhstan yang merangkumi kos penginapan, makan serta airport transfer.

 

3.     Sehubungan itu, para pelajar yang berketerampilan dalam bidang seni (berumur 3 hingga 18 tahun) adalah dialu-alukan untuk mengemukakan projek yang bertemakan UNESCO World Heritage daripada salah satu kategori seperti berikut:

 

     i)   Art;

    ii)   Sculpture and decorative arts; dan

   iii)   Photography.

 

Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 16 Ogos 2024 (Jumaat). Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan adalah seperti di Lampiran 2.

 

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak SKUM melalui alamat emel skum.bha@moe.gov.my atau talian telefon 03-8884 6159.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Lampiran

Hits : 884