Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Institusi Pendidikan Swasta

  1. Apakah syarat-syarat pemohonan penubuhan IPS?
  • Borang permohonan penubuhan boleh didapati di JPN dan BPSwasta, KPM.
  • Pemohon dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  • Syarikat/organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
  • Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan (BPS01).
  1. Apakah syarat-syarat pendaftaran IPS?
  • Mengemukakan borang permohonan pendaftaran yang boleh didapati dari JPN negeri masing-masing.
  • Premis perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
  • Mengemukakan nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
  • Memenuhi kelulusan kursus/matapelajaran, bilik darjah, bilik khas dan makmal lain yang ditetapkan.
  • Membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
  • Serta syarat lain pada borang permohonan pendaftaran.
  1. Bagaimana hendak mengetahui sesebuah tadika berdaftar di sesebuah kawasan?
  • Carian tadika melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) di laman https://smpk.moe.gov.my/
  • Papan tanda di hadapan premis tadika berdaftar.
  1. Bolehkah murid dari sekolah swasta/antarabangsa berpindah ke sekolah kerajaan?
  • Ya, boleh. Boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari JPN negeri berkenaan. Namun syarat kohort umur kemasukan murid ke sekolah kerajaan adalah terpakai.

Hits : 153133