Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Institut Pendidikan Guru Malaysia

 
home

Ketua Jabatan
> YBrs. Dr Mohd Azam bin Ahmad

 

VISI

Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

MISI

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

OBJEKTIF

  • Menyedia, melaksana dan menilai semula kurikulum perguruan pra dan dalam perkhidmatan;

  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program transformasi IPG;

  • Mengurus dan melaksana penyelidikan dan inovasi pendidikan guru;

  • Merancang dan mengurus pengambilan dan penempatan pelajar;

  • Mengurus kebajikan, disiplin dan pembangunan pelajar guru;

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Senat, Penganugerahan dan Majlis Konvokesyen;

  • Mengurus dan mengawal selia pembangunan infrastruktur dan infostruktur IPG Kampus;

  • Merancang, mengurus, menyelia, melaksana dan menyelaras Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Akaun & Aset;

  • Merancang, mengurus, melaksana dan mengawal selia pembangunan profesional sumber manusia;

  • Merancang, mengurus dan menyelaras pemerolehan dan pemantuhan standard dari agensi Jaminan Kualiti.

FUNGSI

Menurut Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2008, IPGM dan IPG bertanggungjawab menguruskan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan meliputi aspek:

  • Menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan dan perancangan tahunan IPG;

  • Merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan dan inovasi;

  • Merancang, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum;

  • Merancang, mengurus dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan;

  • Mengurus penempatan pelajar ke IPG;

  • Mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan program mentor mentee

  • Merancang, mengurus dan mengawal selia agihan peruntukan serta memantau peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan;

  • Merancang dan mengurus pembangunan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur IPG;

  • Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau penggubalan item pentaksiran;

  • Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau pentadbiran peperiksaan;

  • Mengurus penganugerahan sijil, diploma dan ijazah bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian;

  • Merancang, melaksana dan memantau latihan pembangunan staf;

  • Merancang dan melaksana program peningkatan akademik dan profesionalisme guru;

  • Merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan program kualiti dan keutuhan;

  • Merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi;

  • Merancang, menyelaras dan memberi khidmat bantu reka bentuk grafik dan multimedia

  • Mengurus perkhidmatan kaunseling pelajar.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  • Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.

  • Memastikan kurikulum pra-perkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.

  • Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

  • Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.

  • Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi.

  • Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.

  • Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.

  • Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI IPGM 2

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 1-3, Blok 2250 
Jalan Usahawan 1 
63000 CYBERJAYA

http://ipgm.moe.edu.my/ 03-8312 6666 03-8312 6631  

Hits : 18656