Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Info Program

Teknologi Elektrik

Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik

Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Pemesinan Industri

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif

Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.

Teknologi Pembinaan

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Seni Kulinari

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Bakeri & Pastri

Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Pelancongan

Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Seni Reka Fesyen

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi

Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-kanak

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan Pentadbiran

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Insurans

Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Pemasaran

Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan

Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan

Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.

Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Multimedia Kreatif Animasi

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik dan Media Cetak

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI)

Agroindustri Tanaman

Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan Ruminan

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau

Agroindustri Ternakan Poultri

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Teknologi Mekanisasi Agro

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Bioteknologi

Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.

Akuakultur

Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Hortikultur

Murid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai.

Seni Bina Landskap

Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.

Pemprosesan Makanan

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia

Hits : 71716