Kontinjen WARIS SENI PETAMA Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dengan kebenaran KPM telah menyertai pertandingan International Dance Competition Amsterdam Dance Open 2019 dalam mengembangkan bakat anak-anak penari sekolah di bawah pentadbiran PPD Petaling Utama. Penari-penari yang terdiri daripada 5 orang murid SMK (P) Sri Aman, 3 orang murid SMK ASSUNTA, 3 orang murid SMK Sultan Abdul Samad dan 2 orang murid SK Sri Petaling yang sememangnya sudah sedia cemerlang pada peringkat kebangsaan dan telah memberi persaingan kepada sekolah seni Malaysia.
Ini merupakan tahun kedua, kontinjen WARIS SENI PETAMA Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama menyertai pertandingan anjuran European Association Folklore Festival (EAFF) anjuran bersama UNESCO selepas memenangi kemenangan besar di Paris, Perancis tahun lepas.
Alhamdulillah, bagi tahun ini, kontinjen yang diketuai sendiri oleh Encik Azmi bin Misron, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, diiringi bersama 4 orang pegawai, 2 orang guru dan seorang kareografer, sekali lagi telah menempa kejayaan yang lebih cemerlang, bersaing dengan negara-negara Eropah dan Indonesia, sekaligus berjaya menaikkan nama Malaysia.
Sebanyak 74 pasukan tarian masuk bertanding, terdiri daripada negara-negara Eropah dan Indonesia. Terdapat 6 genre tarian dipertandingkan, antaranya Jazz, Hip Hop dan Tradisional dan 11 kategori pertandingan di bawah genre tarian tradisional telah dimasuki oleh kontinjen WARIS SENI PETAMA.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2019/0306-PETAMA{/gallery}
JOHAN
NAIB JOHAN
Disediakan oleh,
Hits : 5478