URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI, ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
PPP
|
Gred Ditawarkan
|
Guru Cemerlang
Sekolah Menengah/KV/ IAB/KM/ELTC
|
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48 dan DG44
|
Guru Cemerlang
Sekolah Rendah
|
Gred DG44, DG38, DG34 dan DG32
|
Pensyarah Cemerlang IPG
|
Gred Khas B, Gred Khas C, DG54,
DG52 dan DG48
|
4. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:
4.1 Syarat-Syarat Umum
Telah disahkan dalam perkhidmatan;
Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2019, 2020 dan 2021;
Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 09.2022);
Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).
4.2 Syarat-syarat Khusus
Syarat-syarat khusus permohonan adalah seperti Lampiran berikut:
Lampiran A1 – Guru Cemerlang Sekolah Rendah (Bukan Siswazah);
Lampiran A2 – Guru Cemerlang Sekolah Rendah (Siswazah);
Lampiran A3 – Guru Cemerlang Sekolah Menengah/
KV/IAB/KM/ELTC (Siswazah); dan
Lampiran A4 – Pensyarah Cemerlang IPG (Siswazah).
Semua calon perlu melengkapkan Borang Permohonan di pautan https://sites.google.com/moe.gov.my/sistemgcpc/home
Penyediaan Dokumen Permohonan hendaklah mengikut tatacara seperti di Lampiran B1: Panduan Penyediaan Dokumen Permohonan GCPC Tahun 2022 (Tindakan Pemohon).
Dokumen Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Jabatan hendaklah mengendalikan Borang Permohonan calon mengikut tatacara seperti di Lampiran B2: Panduan Permohonan GCPC Tahun 2022 (Tindakan Ketua Jabatan)
Borang permohonan yang tidak lengkap ATAU mengandungi maklumat yang tidak tepat ATAU calon tidak diperaku oleh Ketua Jabatan, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN bagi tujuan penilaian.
Calon yang layak untuk dinilai di lapangan akan dihubungi oleh panel penilai bagi menetapkan tarikh penilaian. Semasa penilaian, calon diminta mengemukakan dokumen sokongan asal dan menyediakan bahan pembentangan untuk dibentangkan kepada panel penilai. Format penyediaan bahan pembentangan adalah seperti dalam Lampiran B3: Format Penyediaan Bahan Pembentangan Calon.
Senarai bidang yang ditawarkan untuk pemohon di IPG dan IAB adalah seperti dalam Lampiran C1 (Calon PC IPG) dan Lampiran C2 (Calon GC IAB).
Bagi PPP yang mengisi jawatan kader KPM, hanya calon dari Maktab Tentera Diraja, Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti SAHAJA yang layak mengemukakan permohonan.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) Bil. 2 Tahun 2022 pada 31 Mac 2022 telah memutuskan bahawa pegawai perlu dinilai berdasarkan tiga (3) tahun LNPT atas gred semasa.
Jika memerlukan pertanyaan lanjut mengenai urusan pemangkuan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan bolehlah menghubungi Jemaah Nazir di talian 03-8884 4268 (urus setia) / 03-8884 4546 (teknikal).
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Iklan Disini
Hits : 29075