Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Kenaikan Pangkat AKP Secara TBK2 Di KPM Tahun 2024

Urusan Kenaikan Pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) Di Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024

 

i.        Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 Ke Gred N26

ii.       Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 Ke Gred W26

iii.      Pembantu Makmal Gred C22 Ke Gred C26

iv.      Penyelia Asrama Gred N22 Ke Gred N26

v.       Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N22 Ke Gred N26

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JANUARI HINGGA DISEMBER 2024.

 

3.       Iklan bagi urusan ini akan DIBUKA MENERUSI SISTEM ePANGKAT mengikut tarikh-tarikh penting seperti di jadual berikut

 

4.       Permohonan kenaikan pangkat secara TBK2 WAJIB DIMOHON OLEH CALON SENDIRI dengan log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID CALON SENDIRI dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan untuk dikemas kini. Pengemaskinian tersebut hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan calon.

 

CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.

 

Muat Turun Iklan

 

Hits : 4501