Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

The 2024 SEAMEO-JAPAN ESD Award, Dengan Tema: “Promoting Lifelong Stem Learning Through Community Engagement”

YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, 

 

HEBAHAN MENGENAI THE 2024 SEAMEO-JAPAN ESD AWARD, DENGAN TEMA: “PROMOTING LIFELONG STEM LEARNING THROUGH COMMUNITY ENGAGEMENT”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan untuk THE 2024 SEAMEO-JAPAN EDUCATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT (ESD) AWARD telah dibuka. Anugerah ini merupakan anjuran The Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) dan Kerajaan Jepun melalui Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, Jepun (MEXT) dengan kerjasama Pejabat Serantau Pelbagai Sektor UNESCO di Bangkok.

 

3.         Objektif anugerah ini adalah untuk:

i)

Meningkatkan kesedaran ESD di sekolah dan komuniti di seluruh Asia

Tenggara;

ii)

Mempromosikan amalan terbaik ESD di sekolah dan komuniti di seluruh

Asia Tenggara;

iii)

Berkongsi dan bertukar pengetahuan serta amalan terbaik mengenai ESD di sekolah-sekolah di seluruh Asia Tenggara dan Jepun;

iv)

Menggalakkan rangkaian dalam kalangan sekolah dan komuniti yang melaksanakan amalan ESD di negara Asia Tenggara dan Jepun; dan

v)

Menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) United Nations.

 

4.         Sehubungan dengan itu, maklumat dan butiran penyertaan boleh didapati di pautan https://link.seameo.org/esd2024. Turut disertakan bersama-sama ini, borang penyertaan dan maklumat lanjut mengenai anugerah sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya. Penyertaan yang lengkap perlulah dihantar sebelum atau pada 15 Ogos 2024.

 

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Lampiran

Hits : 1828