Sesi Libat Urus Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara
27 Februari 2024 | Selasa
Sesi libat urus Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara telah dilangsungkan pada Selasa. Ia telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.
Acara yang melibatkan lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), kumpulan pendidikan inklusif, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan berkanun, persatuan keagamaan, institusi pendidikan swasta, institusi pendidikan tinggi dan pempengaruh pendidikan ini diadakan bertujuan untuk mengumpul maklum balas dan cadangan penambahbaikan kepada pembentukan pelan pendidikan baharu yang dapat memenuhi keperluan masyarakat dan negara pada masa akan datang.
Sesi libat urus ini juga diharap dapat mengenal pasti cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia bagi memberi tumpuan terhadap pendidikan manusiawi yang memartabatkan ilmu pengetahuan di samping menekankan aspek kemanusiaan yang seimbang dan berupaya memberi sumbangan positif kepada pembangunan negara.
Hits : 2648