Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Seminar Pendidikan Madani

Seminar Pendidikan Madani
 
09 September 2023 | Sabtu
 
Telah berlangsung pada Sabtu, Seminar Pendidikan Madani anjuran Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
 
Dalam ucapan perasmian sewaktu menyempurnakan seminar ini, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menghargai sumbangan Kongres kepada pendidikan negara.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kongres akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan setiap agenda dan inisiatif pendidikan yang diusahakan kementerian dapat sampai terus ke akar umbi.
 
Kerjasama erat KPM dan Kongres juga adalah manifestasi kementerian dalam memantapkan komunikasi dengan semua pemegang taruh selaras dengan salah satu daripada 7 teras utama KPM.
 

Hits : 532