Pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik bagi memastikan semua warganegara mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid. Keadaan ini selaras dengan konsep yang digarapkan oleh UNESCO, iaitu Education For All (EFA).
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib dan surat-surat pekeliling mengenai kemasukan murid ke sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 telah mengeluarkan arahan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengesahan atau surat perakuan daripada ketua kampung.
Dengan dasar ini, KPM telah memberi akses pendidikan formal kepada kanak-kanak yang berkenaan.
Menerima murid warganegara Malaysia dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas (berumur 5 hingga 17 tahun). Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke SBJK adalah :
Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai tempat tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar.
Hits : 57866