Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)

 

PROJEK KHAS MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PKSBP)

 

JENIS BANTUAN:

Bantuan Khusus

 

PENGENALAN :

Bantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 1988 yang bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh murid miskin yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) termasuk untuk menampung yuran persekolahan, yuran peperiksaan, yuran asrama dan penyediaan keperluan asas sepanjang bersekolah di SBP.

 

KADAR :

RM700.00 seorang murid sekali setahun.

 

PEMILIHAN :

Murid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di SBP.

  • Pendapatan ibu bapa/penjaga utama/ penjaga kedua atau pendapatan perkapita berada dalam kategori miskin tegar berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa.

 

KAEDAH PENYALURAN :

Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP).

 

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bantuan Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh Bil. 1 Tahun 2022.

Hits : 20156