Program Tindak Susul Parlimen, KPM Di Igan, Sarawak
06 – 07 September 2024 | Jumaat - Sabtu
Program Tindak Susul Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diteruskan di Igan, Sarawak pada 6-7 September 2024. Program kali ini adalah siri yang ke-3 pada tahun 2024 selepas di Selangor dan Pulau Tioman.
Dalam program dua hari ini, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan pasukan
Pendidikan Manusiawi KPM telah menyelusuri sungai dan jalan darat untuk meninjau sendiri keadaan di beberapa buah sekolah di Sibu, Daro dan Mukah. Isu akses pendidikan sekolah luar bandar dan sekolah daif di Sarawak diberi perhatian.
Pendekatan turun padang ini merupakan salah satu manifestasi KPM di bawah Reformasi Pendidikan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti dan tahap sistem pendidikan negara demi manfaat semua.
Hits : 338