Program Tindak Susul Parlimen 2/2023 di Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah
23 - 25 Ogos 2023 | Rabu - Jumaat
Sekitar program Tindak Susul Parlimen 2/2023 di Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah.
Menerusi program ini, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan pemimpin tempatan telah berkesempatan membuat lawatan kerja ke beberapa sekolah.
Isu sekolah daif, penyelenggaraan sekolah dan akses pendidikan murid warganegara dan bukan warganegara adalah antara fokus utama program ini.
KPM memberi tumpuan penuh dalam memastikan akses pendidikan terbaik dapat diberi selain turut memberi tumpuan kepada aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan semua murid, guru dan seluruh warga sekolah.
Pada tahun ini, KPM melaksanakan 417 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 327 projek atau 78% adalah di Sabah dan Sarawak.
Terima kasih kepada semua pihak terutamanya pemimpin tempatan dan seluruh komuniti yang telah sama-sama berkerja keras memastikan isu-isu pendidikan yang berbangkit dapat diselesaikan.
Matlamat mentransformasi sektor pendidikan negara adalah usaha bersama.
Hits : 409