Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak yang Baik Lagi Cerdik
22 September 2023 | Jumaat
Telah berlangsung Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak yang Baik Lagi Cerdik serta Pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Seksual di Institusi Pendidikan pada Jumaat.
Acara yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited menangani salah laku buli dan seksual di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Usaha mewujudkan ekosistem selamat di institusi pendidikan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik korporat dan seluruh anggota masyarakat.
Tiada kompromi terhadap salah laku buli, seksual dan sentimen perkauman di semua institusi pendidikan KPM.
Hits : 1182