PROGRAM RANCANGAN REALITI TV INOVASI (INNOVATHON)
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro akan menganjurkan Program Rancangan Realiti TV Inovasi (INNOVATHON). Majlis Pra-Pelancaran Rancangan Realiti TV Inovasi "INNOVATHON" telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi pada 14 April 2023.
Program realiti TV ini akan disiarkan melalui saluran Astro bagi inovator tempatan dari pelbagai peringkat mengetengahkan idea dan hasil ciptaan teknologi dan inovasi kepada rakyat Malaysia umumnya dan potensi untuk mendapatkan pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi melalui program tersebut.
Enam (6) Sesi Uji Bakat akan diadakan di seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat-bakat inovator sedia ada dan seterusnya dibimbing dan dibantu oleh mentor-mentor yang berkelayakan dalam ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi semasa episod mingguan berlangsung. Sebanyak lapan (8) episod INNOVATHON melibatkan 56 peserta yang telah melepasi proses saringan di Sesi Uji Bakat akan dijemput. Sesi Uji Bakat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
No. |
Negeri |
Tarikh Mula |
Tarikh Akhir |
1. |
Sabah |
8 Mei 2023 |
9 Mei 2023 |
2. |
Sarawak |
8 Mei 2023 |
9 Mei 2023 |
3. |
Johor |
12 Mei 2023 |
13 Mei 2023 |
4. |
Pulau Pinang |
12 Mei 2023 |
13 Mei 2023 |
5. |
Pahang |
12 Mei 2023 |
13 Mei 2023 |
6. |
Kuala Lumpur |
15 Mei 2023 |
16 Mei 2023 |
RMU, BIPST, Kementerian Ekonomi dengan sukacitanya menjemput semua yang berdaya inovasi termasuk usahawan teknologi, penyelidik, start-up dan pelajar untuk turut menyertai INNOVATHON. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta bagi menambah baik dan mengkomersialkan produk inovasi mereka.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur. Peserta perlu menyediakan klip video berdurasi satu (1) minit dan dihantar melalui e-mel kepada inovasi@astro.com.my selewat-lewatnya pada 7 Mei 2023. Pihak Astro akan menjemput peserta yang berdaya inovasi dan disenarai pendek ke Sesi Uji Bakat selepas menerima video penyertaan. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh diperolehi melalui video seperti di pautan berikut: https://fb.watch/jYFaUFEREv/?mibextid=qC1gEa
Rancangan realiti TV ini yang boleh dicapai melalui media sosial rasmi Kementerian Ekonomi:
Hits : 5650