Pengenalan :-
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.
Taarifan
- Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
- Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
- Keselamatan: Suasana yang selamat di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.
Skop dan Bidang Tugas :-
- Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;
- Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah
- Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
- Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
- Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
- Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
- Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.
- Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.
- Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;
- Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.
- Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan
- Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.
- Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan
- Menyediakan laporan secara berkala.
Cadangan Pelaksanaan Aktiviti
- Melaksanakan program kebersihan;
- Program Penjagaan Gigi dan Mulut
- Program Bebas Kutu
- Program Cuci Tangan
- Program Penjagaan Kuku
- Program Kemas Diri
- Program Membasmi Kudis Buta
- Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;
- Pertandingan Kebersihan
- Petandingan landskap
- Pertandingan Kantin
- Pertandingan Angkat Kelas
- Pertandingan Melukis dan Mewarna
- Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
- Pameran
- Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan dan sekolah kawasan Larangan Merokok.
Hits : 60333