Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Pahang

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Pahang


28 Mac 2024 | Khamis

 

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat negeri Pahang telah berlangsung pada hari Rabu dan Khamis di Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Vokasional Kuantan, Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

 

Pasukan KPM yang diketuai oleh Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah meluangkan masa bersama-sama warga sekolah menjayakan aktiviti penyediaan dan agihan bubur lambuk selain turut mengambil bahagian dalam sesi Tadabbur al-Quran, selawat, Iftar Jamaie serta solat Tarawih.

 

Turut menjadi tumpuan adalah acara sahur bersama-sama murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dan Bacaan Hadis 40 oleh pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah.

 

Semoga Jaulah ini dapat menjadi satu ruang bagi jalinan silaturahim antara warga KPM dan sekolah, sekaligus memberi peluang kepada semua pihak untuk mempertingkatkan ibadah dan amal kebaikan.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 233