Program Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024
09 Julai 2024 | Selasa
Sekitar penganjuran program Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kangar, Perlis.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kolej Universiti Islam Perlis ini
dianjurkan bertujuan untuk membimbing penghayatan guru dalam Hadis 40. Ia adalah komitmen jitu KPM bagi memastikan inisiatif Penghayatan Hadis 40 dapat dilaksanakan dengan baik di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Aktiviti penghayatan Hadis 40 sedang giat berjalan di semua institusi pendidikan KPM melibatkan murid dan guru beragama Islam. Selain merupakan salah satu usaha
berterusan untuk meningkatkan syiar Islam, inisiatif ini bertepatan dengan konsep
kemuliaan insan yang memfokuskan kepada adab, akhlak, nilai manusiawi dan integriti.
Hits : 1113