Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 BIL. 
ELEMEN PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN YANG TERLIBAT
1.
Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan di bawah KPM:
 
i) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPSBP
ii) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPI
iii) Keputusan tawaran kemasukan murid ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
 
BSKK
iv) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPKHAS
v) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan empat (4) Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPLTV
vi) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPSBP
vii) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan empat (4) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
 
BPI
viii) Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan empat (4) Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Kolej Vokasional diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
BPKHAS
ix) Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Program Matrikulasi menerima tawaran dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan;
 
BM
x) Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar;
 
BPSH
xi) Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Institut Pendidikan Guru menerima tawaran dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar.
 
IPGM
2.
Keputusan permohonan belajar semula dan pertukaran murid:
 

i) Keputusan permohonan belajar semula murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

 
BPSH
ii) Keputusan permohonan pertukaran aliran murid tahap 2 sekolah rendah dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
Catatan: maksud pertukaran aliran murid tahap 2 sekolah rendah adalah pertukaran murid dari SK ke SJKC/SJKT atau dari SJKC/SJKT ke SK. Laporan pertukaran ini dikemukakan oleh JPN kepada BPSH.
 
BPSH

iii) Keputusan permohonan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

 
BPSBP

iv) Keputusan permohonan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

 
BPLTV
3.
Keputusan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP):
 
 
i) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat- lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPSH

ii) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum tarikh kuat kuasa penempatan.

 
BSKK
iii) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat- lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPSBP
iv) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPLTV
v) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPKHAS
vi) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPI
vii) Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
IPGM
viii) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPSH
ix) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran.
 
BSKK
x) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPSBP
xi) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPLTV
xii) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPKHAS
xiii) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
BPI
xiv) Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 
IPGM
4.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT):
 
Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada minggu pertama sesi baharu persekolahan bermula.
 
BSTP
5.
Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP):
 
Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 50 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.
 
BPSM
6.
Tawaran cuti belajar atau biasiswa kepada pegawai dalam perkhidmatan dan pelajar tajaan KPM:
 
Surat tawaran cuti belajar atau biasiswa kepada pegawai dalam perkhidmatan dan pelajar tajaan KPM dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.
 
BTP
7.
Permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa:
 
Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.
 
BPSWASTA
 

Hits : 8063