Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pertandingan Puisi Tahunan “Cities Of Poetry”

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, 

 

HEBAHAN MENGENAI PERTANDINGAN PUISI TAHUNAN “CITIES OF POETRY”

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah melancarkan pertandingan puisi tahunan “CITIES OF POETRY” sempena sambutan ibu kota budaya. ICESCO meraikan secara konsisten bandar yang mempunyai kesan sejarah dan budaya serta yang telah menyumbang kepada kemajuan tamadun islam dan pengukuhan nilai-nilai asas budaya.

 

3.         Sehubungan dengan itu, para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengemukakan permohonan yang lengkap melalui pautan  https://icesco.org/ar/get-engaged sebelum atau pada 31 Disember 2024. Turut disertakan bersama-sama ini lampiran maklumat mengenai pertandingan ini untuk rujukan dan tindakan para peserta. Maklumat lanjut termasuk syarat pertandingan dan nilai hadiah boleh dirujuk melalui dokumen seperti di lampiran.

 

Sekian, terima kasih.

Hits : 747