Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan
Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak
Tuan/Puan,
PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK), PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) YANG TELAH TAMAT
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Untuk makluman Tuan/Puan, Kementerian Kewangan (MoF) melalui surat no. rujukan MOF.BPK(S)600-1/3/66Jld.2(13) bertarikh 22 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada tatacara dan peraturan perolehan melibatkan pelanjutan tempoh kelulusan permohonan pelarasan kadar harga kontrak berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Membekal Makanan Bermasak (BMB) bawah KPM yang telah tamat tempoh. Kelonggaran ini turut diberikan kepada permohonan tuntutan PGM yang masih diterima oleh KPM melibatkan kontrak yang telah tamat.
- Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki mengemukakan permohonan PGM dengan segera sebelum 31 Mei 2024 kepada bahagian/institusi induk/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/institusi pendidikan selaku pentadbir kontrak masing-masing dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Kerjasama daripada tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perolehan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 1651