Dimaklumkan bahawa permohonan Fasa 2 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2024/2025 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 dibuka bermula 27 hingga 31 Mei 2024.
Permohonan Fasa 2 ini terbuka kepada pelajar yang belum membuat permohonan Fasa 1 pada 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024. Selain itu, pelajar yang telah membuat permohonan Fasa 1 boleh mengemas kini permohonan masing-masing.
Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2023 diumumkan.
Hits : 71906