SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)
1. Siapakah yang layak memohon ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
- Murid yang layak memohon adalah:
- Murid Tahun Enam sahaja;
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan;
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian;
2. Adakah murid sekolah swasta diterima masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
- Tidak. Pengambilan murid hanya terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.
3. Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
- Permohonan mestilah melalui sistem atas talian (online) pada alamat URL https://essem.moe.gov.my.
- Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.
- Hanya permohonan secara atas talian (online) akan diproses.
4. Bilakah permohonan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dibuka?
- Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia dibuka mulai 16 April sehingga 15 September.
5. Apakah syarat kemasukan murid ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
- Syarat kemasukan murid yang ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni adalah seperti berikut:
- Lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran;
- Lulus dalam sesi uji bakat pemilihan murid;
- Bersetuju menerima kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan;
- Murid yang berjaya, wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan;
- Mengemukakan rekod kesihatan murid;
- Mengemukakan semua dokumen asal semasa temu duga atau uji bakat;
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temu duga atau uji bakat
6. Bilakah sesi uji bakat pemilihan murid diadakan?
- Sesi uji bakat pemilihan murid biasanya dilaksanakan dalam bulan pertengahan Oktober dan November setiap tahun.
- Calon yang memohon akan menjalani sesi uji bakat berdasarkan bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.
7. Bilakah semakan status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dapat dibuat?
- Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada pertengahan bulan Disember.
8. Bagaimanakah pengumuman keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dapat diketahui?
- Keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat secara atas talian (online) pada alamat URL https://essem.moe.gov.my.
- Pesanan SMS juga akan dihantar kepada calon yang berjaya memasuki Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.
9. Dalam sistem permohonan atas talian (online), saya telah diterima masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya buat?
- Pada sistem permohonan atas talian (online), sekiranya permohonan anda diterima,
- klik butang “TERIMA” sebagai pengesahan penerimaan;
- klik butang “CETAK” untuk mendapatkan surat tawaran, borang-borang berkaitan dan senarai keperluan pendaftaran.
10. Adakah surat tawaran dihantar kepada calon yang berjaya masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
11. Bilakah pendaftaran murid ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dibuat?
- Pendaftaran murid tingkatan satu Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat pada minggu pertama Januari.
12. Adakah Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni juga mengambil murid selain daripada tingkatan satu?
- Tidak. Pengambilan murid hanya untuk tingkatan satu sahaja.
13. Siapakah yang dapat dihubungi sekiranya saya perlukan maklumat lanjut berkaitan Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03 8872 1620 atau 03 8872 1659.
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)
1. Syarat Umum Kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia
- Warganegara Malaysia;
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
- Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Searching (TID)/Talent Scouting).
- Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh: Majlis Sukan Sekolah Malayisa (MSSM) dan kejohanan yang diiktiraf oleh KPM).
2. Syarat Khusus Kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia
i. Pengambilan atlet murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan 6
- Keutamaan untuk Sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
- Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS)
- Mesti melalui TID KPM
- Pengambilan atlet murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPS
- Mesti melalui TID KPM
ii. Pengambilan atlet murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR
- Mesti melalui TID KPM
iii. Pengambilan atlet murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga 5
- Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
- Dipilih melalui (Talent Searching (TID)/Talent Scouting)
3. Prosedur permohonan murid ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
- Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spsssm.moe.gov.my/.
- Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi Ketua Jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, KPM.
- Pencalon- Terdiri daripada Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?
- Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my.
2. Siapakah yang boleh memohon?
- Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan. Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
3. Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?
- SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
4. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?
- Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan.
5. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
- Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.
6. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
- Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
7. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?
- Pemilihan Murid Tingkatan 1:
-
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum.
- Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:
-
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
8. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab):-
a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab)?
- Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
- Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
9. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
- Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan akan dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.
10. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
- Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
11. Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP):-
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?
- UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.
b) Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?
- Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
c) Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?
- Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
12. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
- Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
- Murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan dibuka.
13. Bilakah e-Rayuan dibuka?
- e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.
14. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?
- Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:
- Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
- Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan.
- Hantar.
15. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?
- Boleh. Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.
16. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?
- Semakan boleh dibuat melalui:
- Laman sesawang KPM: www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK: 03-8321 7400
17. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
- Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
- Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
18. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
- Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.
19. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?
- Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
20. Bolehkah murid menukar aliran?
Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.
21. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?
- Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
24. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau MRSM?
- Tidak. Setiap calon boleh menerima tawaran kemasukan sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal.
25. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?
a ) Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut: |
SAINS
|
AGAMA
|
KBT (TMUA)
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam/
Pendidikan Moral
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains
- Komputer/
Rekabentuk
Teknologi
- Bahasa Antarabangsa:
(*Pilihan: Bahasa
Arab Komunikasi /
Bahasa Jepun /
Bahasa Perancis /
Bahasa Jerman /
Bahasa Cina
Komunikasi /
Bahasa Korea)
|
- Bahasa Melayummm
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer/
Rekabentuk
Teknologi
- Bahasa Antarabangsa:
(*Pilihan: Bahasa
Jepun / Bahasa
Perancis / Bahasa
Jerman / Bahasa
Cina Komunikasi /
Bahasa Korea)
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains
- Komputer/
Rekabentuk
Teknologi
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
- Bahasa Antarabangsa:
(*Pilihan: Bahasa
Jepun / Bahasa
Perancis / Bahasa
Jerman / Bahasa
Cina Komunikasi/
Bahasa Korea)
|
b ) Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut: |
SAINS TULEN
|
SAINS TULEN AGAMA
|
SAINS TEKNIKAL
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Bahasa Arab
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Matematik
- Grafik Komunikasi Teknikal
- Asas Kelestarian
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
|
AGAMA IKHTISAS
|
SAINS SOSIAL
|
TAHFIZ SAINS (TMUA)
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Bahasa Arab
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
|
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Bahasa Arab
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
|
Hits : 137852