Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan/Kelayakan Permohonan Prauniversiti

KOLEJ TINGKATAN 6

1. Apakah syarat kelayakan memohon Kolej Tingkatan 6?

  • Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

2. Bagaimanakah untuk memohon ke Kolej Tingkatan 6?

  • Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

 

MATRIKULASI

Permohonan/Kelayakan Matrikulasi

 

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

1. Apakah prosedur pengambilan murid ke program Prauniversiti di SSM?

  • Permohonan menggunakan sistem permohonan atas talian Program PraUniversiti melalui laman web KPM https://prau.moe.gov.my/

Pelajar perlu mencetak salinan dan mendapatkan ulasan daripada jurulatih dan pihak sekolah.

  SYARAT-SYARAT AM

1.1

Mewakili negeri/negara.

1.2

Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

1.3

Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

1.4

Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

1.5

Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

1.6

Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.

 

2.0 PANDUAN PEMOHONAN
 

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

2.1

Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN

2.2

Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap

 

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

 

b. Ruang F. Ulasan PK Sukan / PK Ko Kurikulum

 

c. Ruang G. Perakuan

 

d. Ruang H. Pengesahan

2.3

Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada :

 

Pengarah 
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

 

Nota Penting :

 

· 

Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.

 

3.0

SYARAT -SYARAT KHAS

A. ALIRAN SAINS

B. ALIRAN PENGURUSAN

C. ALIRAN SASTERA

Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ;

Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ;

Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris;

Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:

Lulus Sekurang-Kurangnya 2 Mata Pelajaran Yang Berikut:

Lulus Sekurang-Kurangnya 3 Mata Pelajaran Yang Berikut:

  • Biologi
  • Perdagangan
  • Perdagangan
  • Fizik
  • Ekonomi Asas
  • Ekonomi Asas
  • Kimia
  • Prinsip Akaun
  • Prinsip Akaun
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris
  • Teknologi Maklumat
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Perdagangan
  • Rekacipta
  • Rekacipta
  • Ekonomi Asas
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Prinsip Akaun
  • Sains Tambahan
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Maklumat
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Sains Sukan
  • Sains Sukan
  • Rekacipta
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Moral
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam
  • Sains Sukan
 
  • Geografi

 

ASASI

1. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

2. Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

  • Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja: 
    • Semua program pengajian di UiTM;
    • Asasi UIAM;
    • Asasi Sains UM;
    • Asasi UNIMAS;
    • Asasi UMS; dan
    • Asasi UniSZA

3. Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Hits : 36850