1. Saya ingin membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM, bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik?
Berikut merupakan kaedah / saluran bayaran balik pinjaman:
a. Bayaran tunai di kaunter (Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, Cyberjaya);
b. Dokumen Bayaran (Cek Bank / Kiriman Wang / Wang Pos );
c. Mesin Deposit Tunai (CDM) Bank Islam;
d. Bayaran secara atas talian (Bank Islam, Affin Bank);
e. Arahan Potongan Gaji (APG); atau
f. Pengeluaran KWSP.
2. Saya tidak berkemampuan untuk membayar balik Pinjaman Pelajaran KPM mengikut kadar ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Adakah saya layak untuk memohon pengurangan dan bagaimanakah caranya?
Pengurangan ansuran bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Permohonan secara bertulis menerusi surat / e-mel Rayuan; dan
b. Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau
c. Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.
3. Saya telah selesai membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM, bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat selesai bayar?
Peminjam boleh membuat permohonan melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:
a. Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Nombor Telefon Bimbit;
d. Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan
e. Maklumat Penjamin (sekiranya ada).
4. Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman dan mendapati terdapat lebihan bayaran dalam semakan penyata. Bagaimanakah saya hendak menuntut kembali lebihan bayaran tersebut?
Tuntutan lebihan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7111);
b. Salinan kad pengenalan;
c. Salinan penyata maklumat akaun bank; dan
d. Salinan slip gaji bagi bulan terakhir dengan potongan dan bulan berikutnya tanpa potongan (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1, Cyberjaya
63000, Selangor
(u.p.: Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian)
e-mel : penguatkuasaan@moe.gov.my
5. Saya ingin membuat penyelesaian baki pinjaman saya secara bayaran penuh (full settlement). Bagaimana sekiranya saya berhasrat mendapatkan penyata baki pinjaman saya?
Permohonan boleh dibuat melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my atau melalui talian 03-8321 7100/03–8321 7112/03–8321 7111 dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:
a. Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Nombor Telefon Bimbit; dan
d. Alamat Terkini Surat-Menyurat.
6. Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM dan bagaimanakah caranya?
Penangguhan bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Permohonan secara bertulis menerusi surat / e-mel Rayuan; dan
b. Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau
c. Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.
7. Siapakah yang layak untuk memohon pengurangan bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan bagaimanakah caranya?
PBU hanya diberikan kepada peminjam bagi peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat pengurangan bayaran balik PBU iaitu:
Peminjam yang ingin memohon PBU wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
Nota: Semua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Gred 41 dan ke atas.
8. Saya menerima surat pemakluman Arahan Potongan Gaji Mandatori daripada KPM. Mengapa saya menerima surat ini dan bagaimanakah potongan ini akan dijalankan?
9. Bagaimana sekiranya saya berhasrat membuat bayaran penuh sebelum Arahan Potongan Gaji Mandatori ini mula dilaksanakan atau ketika potongan gaji telah/sedang dilaksanakan?
Peminjam digalakkan membuat bayaran penuh (full settlement) melalui mana-mana kaedah bayaran balik yang disediakan oleh KPM. Peminjam diwajibkan untuk memaklumkan dan menghantar salinan bukti bayaran dengan kadar segera kepada KPM. Semakan maklumat peminjam akan dihantar kepada JANM bagi peminjam yang telah selesai membuat bayaran balik pinjaman.
Permohonan pengurangan jumlah bayaran tidak dapat dipertimbangkan kerana telah melanggar syarat-syarat perjanjian. Namun begitu, KPM tiada halangan dan bersetuju menimbangkan bayaran tuntutan ganti rugi mungkir perjanjian cuti belajar dibuat secara ansuran.
Pemegang kontrak perlu mengemukakan maklumat seperti berikut:
Maklumat tersebut boleh dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian melalui e-mel iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my atau melalui talian 03–8321 7094/03–8321 7092 bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Pemegang kontrak hendaklah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sepertimana yang ditetapkan oleh KPM sebagai penaja. Pemegang kontrak telah dianggap melanggar terma perjanjian dan akan dikenakan tindakan ganti rugi berdasarkan kos perjanjian.
4. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya enggan membayar tuntutan ganti rugi yang dikenakan ke atas saya?
Notis peringatan dan amaran akan dikeluarkan kepada pemecah kontrak dan penjamin-penjamin. Sekiranya masih tiada bayaran atau maklum balas diterima, tindakan undang-undang dan kebankrapan akan dikenakan ke atas pemecah kontrak dan penjamin-penjamin.
5. Sekiranya saya menyelesaikan tuntutan ganti rugi secara bayaran penuh (full settlement), adakah saya layak untuk menerima sebarang pengurangan jumlah tuntutan (rebat)?
Tiada pengurangan jumlah tuntutan akan diberi jika pemecah kontrak membuat bayaran penuh kerana jumlah tuntutan adalah berdasarkan kos perjanjian yang telah ditandatangani antara KPM dan pemecah kontrak.
Hits : 6653