Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Penganjuran Ekspo Kanak-Kanak 2024 Di Doha, Qatar

YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan, 

 

HEBAHAN MENGENAI PENGANJURAN EKSPO KANAK-KANAK 2024 DI DOHA, QATAR

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.   Untuk makluman, Kementerian ini melalui Kementerian Luar Negeri telah menerima satu Nota Diplomatik Rujukan QEK/205/2024 bertarikh 15 Mei 2024 daripada Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur mengenai penganjuran Ekspo Kanak-Kanak 2024 di Doha, Qatar yang akan diadakan dari 20 hingga 23 November 2024.

 

3.   Bersama-sama ini dikemukakan salinan Nota Diplomatik tersebut dan maklumat lanjut ekspo berkenaan untuk perhatian pihak tuan/puan yang sewajarnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi pihak penganjur Encik Eizeldin Abdulrahman (Bahasa Inggeris dan Arab) melalui emel eizeldin@alsharqmedia.com.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 354