PENGAMBILAN CALON TINGKATAN ENAM TAHFIZ DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 untuk memohon ke Tingkatan Enam Tahfiz bagi ambilan Julai 2024 yang ditawarkan di Pusat Tingkatan Enam seperti berikut:
- SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
- SMK Agama Kedah, Kedah
- SMK Agama Kerian, Perak
- SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
- SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
- SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
- SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
- SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
- Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
KETERANGAN
Pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz ini mengabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester. Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Kandungan mata pelajaran tahfiz al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan enam tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.
Permohonan secara dalam talian (Online)
Dibuka mulai 27 Mei 2024 hingga 02 Jun 2024
Permohonan boleh dibuat melalui portal yang berikut:
Hits : 5711