Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pencapaian 53rd International Physics Olympiad (IPhO) 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Pencapaian 53rd International Physics Olympiad (IPhO) 2023
 
Dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima jemputan untuk menghantar penyertaan ke 53rd International Physics Olympiad (IPhO) 2023 pada 10 hingga 17 Julai 2023 di Tokyo, Jepun. Justeru, Bahagian ini telah menghantar Encik Loh Chee Kwong dari Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu sebagai jurulatih IPhO Malaysia dan seorang murid daripada SMK Kota Kemuning, Selangor ke pertandingan IphO 2023. Selain itu, empat (4) orang pelajar bukan daripada Institusi KPM menyertai pertandingan ini.
 
Sukacita dimaklumkan pasukan Malaysia telah memenangi satu (1) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa seperti berikut dan saudara Phuah Jun Xi, wakil daripada institusi KPM hanya mendapat taraf penyertaan sahaja.
 
BIL
INSTITUSI
PESERTA
PENCAPAIAN
1.      
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING, SELANGOR (KPM)
PHUAH JUN XI
PENYERTAAN
2.      
PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR
MOHAMMAD SYAKIR FAHMIE SOFYAN
PENYERTAAN
3.      
SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CHONG HWA, KUALA LUMPUR
ONG JIAN BIN
GANGSA
4.      
SUNWAY COLLEGE, SELANGOR
CHANG KIAN YAU
GANGSA
5.      
INTI INTERNATIONAL COLLEGE, PULAU PINANG
ONG ZHI ZHENG
PERAK

Pencapaian 53rd International Physics Olympiad IPhO 2023 1

Pencapaian 53rd International Physics Olympiad IPhO 2023 2 

Hits : 471