Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) adalah anugerah peringkat antarabangsa yang diberikan oleh Kerajaan Thailand kepada guru sekolah dari negara anggota ASEAN dan Timor Leste yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan dan menepati kriteria seperti yang dihuraikan dalam Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2023 (Lampiran A). Seorang guru akan dipilih untuk mewakili Malaysia untuk menerima APMC Tahun 2023.
Semua pencalonan adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian KPM masing-masing. JPN dan Bahagian KPM perlu mengemuka borang pencalonan (Lampiran B) yang lengkap kepada Urus Setia Pencalonan APMC 2023:
Tarikh tutup pencalonan : Jumaat, 25 November 2022
Muat Turun Lampiran Disini
Hits : 4097