YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN PENAWARAN DANA ASEAN-CANADA FUND FOR LOCAL INITIATIVES (CFLI) BAGI TAHUN 2024-2025
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa negara Kanada telah membuka permohonan dana bagi Program CFLI bagi tahun 2024-2025. Program ASEAN-Canada Fund for Local Initiatives (CFLI) adalah program yang dirangka untuk menyokong projek berskala kecil yang berimpak tinggi di negara-negara membangun, selaras dengan bidang-bidang keutamaan tematik Kementerian Luar Kanada (Global Affairs Canada). Program ini ditujukan kepada projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan secara amnya oleh organisasi tempatan.
3. Projek-projek yang dicadangkan perlu berada dalam lingkungan bajet CAD20,000- CAD40,000. Projek-projek tersebut juga perlu bertemakan ASEAN dan melibatkan sekurang- kurangnya tiga negara anggota ASEAN. Selain itu, bagi sesi 2024-2025, projek-projek yang dikemukakan perlu menumpu kepada sekurang-kurangnya satu daripada keutamaan tematik CFLI seperti berikut:
3.1 |
Tadbir urus inklusif, termasuk kepelbagaian, demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang;
|
3.2 |
Keamanan dan keselamatan, dengan tumpuan kepada pencegahan konflik dan memupuk keamanan;
|
3.3 |
Pertumbuhan inklusif, termasuk hak ekonomi wanita, pekerjaan dan keusahwanan, pelaburan dalam golongan termiskin dan rentan serta melindungi pertumbuhan ekonomi; dan
|
3.4 |
Kesaksamaan jantina serta pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan |
4. Sehubungan dengan itu, permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan kepada pihak penganjur melalui alamat emel ASEAN-CFLI.ANASE-FCIL@international.gc.ca dan disalinkan kepada asccd@kln.gov.my sebelum atau pada 3 Mei 2024. Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman sesawang https://www.international.gc.ca/world-monde/funding-financement/cfli-fcil/2024/asean-anase.aspx?lang=eng. Bersama-sama ini, dikemukakan sesalinan maklumat lanjut mengenai program CFLI sebagai rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 1489