Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pemukiman Bersama Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai Kanan IPGM Di Melaka

19 Februari 2024 | Isnin

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah menghadiri sesi pemukiman bersama-sama pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bertempat di Kampus IPGM Perempuan Melayu Melaka pada Isnin.


Sesi pemukiman ini penting untuk mendapat maklumat dengan lebih terperinci mengenai operasi IPGM selain mencari jalan penyelesaian bagi setiap isu berbangkit. Ia juga dapat menambah baik komunikasi dalaman KPM yang merupakan antara teras utama yang diberi tumpuan.


YB Menteri Pendidikan dan YB Timbalan Menteri Pendidikan turut berkesempatan melawat Muzium Pendidikan Guru serta beramah mesra dengan warga IPGM.
Usai acara pemukiman bersama pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia di Melaka, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah berkesempatan melakukan ziarah Tahun Baru Cina ke rumah beberapa orang guru dan murid.


Acara ziarah ini dapat mengeratkan hubungan, membina sikap hormat menghormati, toleransi dan berkasih sayang dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

 

Ayuh raikan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

 

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

Hits : 487