Pemantauan Projek Pembangunan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
03 Oktober 2024 | Khamis
Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah melakukan pemantauan projek pembangunan institusi pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Gunong, Kedah dan Sekolah Sukan Malaysia, Perlis pada Khamis.
YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara memberi penekanan kepada tatakelola yang baik bagi memastikan semua projek pembangunan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan demi manfaat semua.
Selain lawatan projek di negeri Kedah dan Perlis, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi turut melakukan lawatan ke tapak projek SK Jelutong dan SMK Bertam Putra di Pulau Pinang.
Hits : 675