Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2025 akan dibuka pada 19 Disember 2024 (Khamis) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin). Urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2025.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/CBBP TB/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, terima kasih.
Cawangan Penawaran
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 26080