Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/ CBBP TB/ HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, Terima kasih.
Hits : 6206