Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

[Tarikh Tutup Dilanjutkan] Peluang Kerjaya di BPPD, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Awam (mohon rujuk perincian Skim Perkhidmatan yang dipelawa untuk memohon di dokumen yang telah dimuatnaik) yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, untuk memohon mengisi kekosongan pelbagai jawatan secara peminjaman di Bahagian ini.

2. Pegawai-pegawai yang berminat dan memenuhi syarat-syarat boleh mengemukakan permohonan dan dokumen dalam bentuk cetakan (hardcopy) yang berkaitan ke BPPD, KPM selewat-lewatnya 21 Februari 2020 (Jumaat). Hanya permohonan yang lengkap dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai tawaran ini berserta borang permohonan untuk perhatian dan tindakan tuan / puan selanjutnya. 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Muat Turun:

  1. Iklan Peluang Kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Lampiran I - Iklan Gred 54 Terbuka
  3.  Lampiran I (a) - Senarai Tugas Gred 54
  4.  Lampiran I (b) - Senarai Tugas Gred 54 CPS
  5.  Lampiran II - Iklan Gred 48 Terbuka
  6.  Lampiran II (a) Senarai Tugas Gred 48 Unit Operasi Data
  7.  Lampiran II (b) Senarai Tugas Gred 48 Unit Analisis Data
  8.  Borang Permohonan

Hits : 6624