Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Peluang Kerjaya di Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar, KPM (Tawaran Dilanjutkan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada hebahan Peluang Kerjaya di Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tempoh hari, sukacita dimaklumkan bahawa tawaran tersebut dilanjutkan sehingga 27 November 2019 (Rabu). Oleh yang demikian, BPPD ingin mempelawa semua Pegawai Awam dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH) yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan secara peminjaman di Bahagian ini.

  1. Pegawai-pegawai yang berminat dan memenuhi syarat-syarat boleh mengemukakan permohonan dan dokumen dalam bentuk cetakan (hardcopy) yang berkaitan ke BPPD, KPM selewat-lewatnya 27 November 2019 (Rabu). Hanya permohonan yang lengkap dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai tawaran ini berserta borang permohonan untuk perhatian dan tindakan tuan / puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Muat Turun:

  1.   Iklan Peluang Kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia
  2.   Lampiran I
  3.   Lampiran II
  4.   Lampiran III
  5.   Borang Permohonan

Hits : 3278