SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 23/2022
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP Jilid 23 untuk tahun 2022.
3. Sehubungan dengan itu, pegawai daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dipelawa untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.
4. Sumbangan artikel YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan hendaklah dihantar
secara softcopy ke alamat e-mel
jurnal.bppdp@moe.gov.my. Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada
31 Mac 2022 (Khamis).
6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP melalui e-mel
jurnal.bppdp@moe.gov.my atau ditalian
03-8884 6346/6580.
Sekian.
Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 8907